2 BUDAYA
ETNIK KAUM MELANAU DI SARAWAK
2.1)
LATARBELAKANG
SEJARAH KAUM MELANAU
Orang Melanau ialah salah satu kaum utama di
negeri Sarawak. Dahulunya, sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di
dalam rumah panjang (yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada
masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah
kampung yang mengikut corak orang Melayu. Kebanyakannya dibina di tepi sungai
dan berdekatan dengan pantai. Masyarakat Melanau merupakan suku yang beragama
Islam dan Kristian namun terdapat juga yang mempercayai makhluk ghaib yang
dipanggil Ipok. Ini merupakan rentetan cerita lisan masyarakat ini sendiri yang
dikatakan satu kepercayaan berasaskan adat masyarakat.
Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran
pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya, dan
Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah. Bahasa Melanau
merupakan cabang dari keluarga Bahasa Austronesia. Bahasa Melanau mempunyai
tatabahasanya yang tersendiri dan tidak begitu sukar untuk dipelajari. Sebagai
satu bahasa yang mempunyai banyak dialek, bahasa melanau berkongsi tatabahasa
yang serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan ialah kosa kata yang unik untuk
dialek itu sahaja. Di alam maya laman untuk mempelajari bahasa melanau telah
diusahakan oleh orang-orang melanau dan bukan melanau untuk memastikan
kemandirian bahasa ini di zaman moden. Antaranya ialah Learn Melanau yang
memfokuskan bahasa melanau mukah serta budaya melanau merentasi dialek-dialek.
2.1)
ADAT
ISTIADAT DAN HUKUM KAUM MELANAU
Masyarakat Melanau
adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau
mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan,
kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang
dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya
dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran. Adat
dan pantang larang tersebut adalah seperti adat kelahiran dan adat perkhawinan.
2.1)
PERAYAAN
KAUM MELANAU
Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari
kebesaran dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia
bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat laut, tanah,
hutan, dan kebun mereka. Ia dirayakan pada akhir Mac atau awal April setiap
tahun. Asal usul perayaan ini dikatakan berbalik pada berkurun dahulu, di mana
mereka mempercayai kepercayaan animisme.
Perayaan ini disambut dengan meriah
oleh orang Melanau di sepanjang persisiran pantai Sarawak. Tibou, iaitu buaian
setinggi 20 kaki adalah puncak perayaan ini.Pemuda-pemuda akan melompat dari
buluh bengkok yang panjang dan akan menangkap tali berayun yang tinggi.
Sehingga tujuh atau lapan orang akan bergayut di buaian gergasi ini. Buaian ini
akan berbuai-buai di tepi pantai.
Kaul ini juga bukan sahaja diraikan
dengan buaian gergasi. Ia merupakan pesta warna-warni yang diserikan dengan
bot-bot berhias, sukan pantai, dan makanan-makanan Melanau yang enak.
Kebiasaannya pada musim monsun, kuala sungai akan ditutup, dengan tiada seorang
pun akan dibenarkan keluar masuk. Semua masyarakat Melanau akan menjalani
upacara menyucikan diri.
Kaul dimulakan dengan bot-bot
berhias berlayar dengan membawa ‘seraheng’ iaitu bakul yang diperbuat daripada
buluh. Sementara itu ‘bapa Kaul’ atau ketua perayaan akan menjamu semangat
dengan jampi dan jamuan. Selain itu, terdapat juga permainan pantai,
pertunjukan seni mempertahankan diri, tarian tradisional Melanau dan jamuan
makan.
Setelah matahari terbenam, pesta
disambung di rumah-rumah. Mereka akan mengunjungi sanak saudara dan sahabat
handai sebagai tanda muhibbah.’ Sago’ iaitu sagu yang dimasak dengan pelbagai
cara merupakan jjuadah yang paling istimewa dalam perayaan Kaul ini. Tambahan
pula, Orang Melanau sememangnya terkenal sebagai penebang sagu yang mahir di
Sarawak.
Walaupun Kaul Melanau ini tidak
begitu popular dikalangan orang luar, tetapi masyarakat Melanau merayakannya
dengan begitu meriah selama seminggu.
2.1)
MAKANAN
TRADISIONAL KAUM MELANAU
§ LINUT
Linut ialah makanan ruji untuk rakyat
Melanau. Ia diperbuat dari tepung sagu, bercampur dengan air panas.
§ TEBALOI
Tebaloi ialah satu produk tradisional yang
berasaskan pertanian kini kian popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan
bahkan juga pelancong asing. Ia merupakan makanan ringan kaum Melanau yang
diperbuat daripada tepung dan lemantak kelapa sebagai bahan utama.
2.1) PAKAIAN TRADISIONAL KAUM
MELANAU
LELAKI
Pakaian tradisional
Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren
keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.
PEREMPUAN
BAJU
BABAN
Wanita
Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung
pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai
selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.
BAJU
BALDU