Wednesday, October 17, 2018

MENGENALI BUDAYA ETNIK BUMIPUTERA DI SARAWAK


BUDAYA ETNIK KAUM IBAN DI SARAWAK

             
   LATARBELAKANG SEJARAH KAUM IBAN

           Iban atau Dayak Iban adalah salah satu rumpun Dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya atau bangsa Dayak amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Kerajaan Dayak di Tampun Juah.  Sebelum kaum Iban dan bangsa Dayak berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang. 
           Kaum Iban dengan jumlahnya sebanyak 2,745,400 iaitu 60% daripada jumlah penduduk di Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak dan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, dan Cina. Mereka mendiami setiap daerah, kabupaten dan bahagian di Sarawak, Brunei, Kalimantan Barat serta 6 daerah di Johor iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai Jaya, Pontian, Kluang dan Batu Pahat dan 2 bahagian di Sabah iaitu Pedalaman dan Tawau. Akan tetapi kepadatan penduduk Iban tertumpu di 4 kabupaten iaitu Sanggau, Sekadau, Sintang dan Kapuas Hulu. Di Kalimantan Barat pula terdapat 9 bahagian iaitu Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri di Sarawak.      

                      ADAT ISTIADAT DAN HUKUM KAUM IBAN

Masyarakat kaum Iban juga mempunyai pelbagai adat resam yang masih diamalkan sehingga zaman kini. Adat resam ini juga dianggap sebagai pantang larang dan cara untuk menyelesaikan isu atau konflik menurut kepercayaan mereka tersendiri dalam kehidupan. Diantara contoh adat mereka ialah mengurus kandungan dan kelahiran, adat perkahwinan dan adat sewaktu menguruskan kematian.

2.1                 MAKANAN TRADISIONAL KAUM IBAN

Semua kaum di Malaysia ini memang sudah pasti mempunyai makanan tradisional mereka tersendiri untuk diperkenalkan dan dihidangkan waktu perayaan kaum, majlis perkahwinan, dan sebagainya. Makanan tradisional kaum iban yang sangat popular di Sarawak ialah MANUK PANSUH,UMAI,IKAN KASAM dan MIDIN BELACAN.

2.1)                                                     PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

ü LELAKI

§  KAIN SIRAT
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah paha . Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias.

§  DANGDONG
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat. 

ü PEREMPUAN

§  BIDANG
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak rekaan coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan yang pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.

§  KALAMBI
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau sambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.


§  BEDONG
Wanita Iban juga memakai kain selempang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Bedong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.

2.1)                                                                                     PERAYAAN KAUM IBAN

Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. 

No comments:

Post a Comment