Wednesday, October 17, 2018


2           BUDAYA ETNIK KAUM MELANAU DI SARAWAK

2.1)     LATARBELAKANG SEJARAH KAUM MELANAU


Orang Melanau ialah salah satu kaum utama di negeri Sarawak. Dahulunya, sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah panjang (yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu. Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan dengan pantai. Masyarakat Melanau merupakan suku yang beragama Islam dan Kristian namun terdapat juga yang mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok. Ini merupakan rentetan cerita lisan masyarakat ini sendiri yang dikatakan satu kepercayaan berasaskan adat masyarakat.
Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah. Bahasa Melanau merupakan cabang dari keluarga Bahasa Austronesia. Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan tidak begitu sukar untuk dipelajari. Sebagai satu bahasa yang mempunyai banyak dialek, bahasa melanau berkongsi tatabahasa yang serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan ialah kosa kata yang unik untuk dialek itu sahaja. Di alam maya laman untuk mempelajari bahasa melanau telah diusahakan oleh orang-orang melanau dan bukan melanau untuk memastikan kemandirian bahasa ini di zaman moden. Antaranya ialah Learn Melanau yang memfokuskan bahasa melanau mukah serta budaya melanau merentasi dialek-dialek.
2.1)       ADAT ISTIADAT DAN HUKUM KAUM MELANAU

Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri dan antaranya dalam aspek kelahiran. Adat dan pantang larang tersebut adalah seperti adat kelahiran dan adat perkhawinan.
2.1)     PERAYAAN KAUM MELANAU

Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka. Ia dirayakan pada akhir Mac atau awal April setiap tahun. Asal usul perayaan ini dikatakan berbalik pada berkurun dahulu, di mana mereka mempercayai kepercayaan animisme.
            Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau di sepanjang persisiran pantai Sarawak. Tibou, iaitu buaian setinggi 20 kaki adalah puncak perayaan ini.Pemuda-pemuda akan melompat dari buluh bengkok yang panjang dan akan menangkap tali berayun yang tinggi. Sehingga tujuh atau lapan orang akan bergayut di buaian gergasi ini. Buaian ini akan berbuai-buai di tepi pantai.
            Kaul ini juga bukan sahaja diraikan dengan buaian gergasi. Ia merupakan pesta warna-warni yang diserikan dengan bot-bot berhias, sukan pantai, dan makanan-makanan Melanau yang enak. Kebiasaannya pada musim monsun, kuala sungai akan ditutup, dengan tiada seorang pun akan dibenarkan keluar masuk. Semua masyarakat Melanau akan menjalani upacara menyucikan diri.
            Kaul dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar dengan membawa ‘seraheng’ iaitu bakul yang diperbuat daripada buluh. Sementara itu ‘bapa Kaul’ atau ketua perayaan akan menjamu semangat dengan jampi dan jamuan. Selain itu, terdapat juga permainan pantai, pertunjukan seni mempertahankan diri, tarian tradisional Melanau dan jamuan makan.
            Setelah matahari terbenam, pesta disambung di rumah-rumah. Mereka akan mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai sebagai tanda muhibbah.’ Sago’ iaitu sagu yang dimasak dengan pelbagai cara merupakan jjuadah yang paling istimewa dalam perayaan Kaul ini. Tambahan pula, Orang Melanau sememangnya terkenal sebagai penebang sagu yang mahir di Sarawak.
            Walaupun Kaul Melanau ini tidak begitu popular dikalangan orang luar, tetapi masyarakat Melanau merayakannya dengan begitu meriah selama seminggu.
2.1)     MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

§  LINUT
Linut ialah makanan ruji untuk rakyat Melanau. Ia diperbuat dari tepung sagu, bercampur dengan air panas.
                §  TEBALOI
Tebaloi ialah satu produk tradisional yang berasaskan pertanian kini kian popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan bahkan juga pelancong asing. Ia merupakan makanan ringan kaum Melanau yang diperbuat daripada tepung dan lemantak kelapa sebagai bahan utama.
2.1)     PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELANAU

LELAKI
                      Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

        PEREMPUAN
BAJU BABAN
Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.

BAJU BALDU
Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.

No comments:

Post a Comment