Wednesday, October 17, 2018


2             BUDAYA ETNIK KAUM BIDAYUH DI SARAWAK


  LATARBELAKANG SEJARAH KAUM BIDAYUH


Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang menemani kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh. Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.
   ADAT ISTIADAT DAN HUKUM KAUM BIDAYUH

Masyarakat kaum Bidayuh juga mempunyai pelbagai adat resam yang masih diamalkan sehingga zaman kini. Diantara contoh adat mereka ialah adat perkahwinan dan adat sewaktu menguruskan kematian
       PERAYAAN KAUM BIDAYUH
           
            Kaum bidayuh juga menyambut hari gawai sama seperti kaum iban, dimana hari gawai disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut untuk menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi. Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum peribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat.
           Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak merupakan Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baharu. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria..
2.6)     PAKAIAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH

LELAKI
           Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.


PEREMPUAN
         Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.
      MAKANAN TRADISIONAL KAUM BIDAYUH

§  ASAM SIOK
           Asam siok ialah nasi ayam Bidayuh yang dimasak dalam buluh. Asam siok ialah makanan istimewa Bidayuh yang disaji secara normal semasa majlis-majlis khas seperti Gawai dan perhimpunan. Kombinasi ayam keseluruhan, nasi, garam, halia, serai, daun ubi dan sedikit air mendidih.




No comments:

Post a Comment